Tuesday 28 June 2011

DAFTAR SEGERA !!!!!

Kepada yang masih belum mendapatkan borang dan mendaftar untuk pertandingan memancing,
anda masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.... Daftar segera bagi mengelakkan sebarang 
kesulitan...
Segala pertanyaan berkenaan dengan pertandingan ini boleh
berhubung terus dengan urusetia karnival :
Pej. Urusetia 
05 - 721 0534

Mohamad Nor 
013 - 458 5900

Abdul Razak
016 - 567 0556

Mohd Nadzeri 
019 - 461 3055

Wednesday 8 June 2011

PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA KARNIVAL PANCING RIA TASIK BUKIT MERAH


Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Bukit Merah bersama
Unit Peladang Bukit Merah akan menganjurkan Pertandingan Memancing 
bagi Kategori Ikan Toman dan Kategori Ikan Pelipisan bersempena dengan Karnival Pancing Ria Tasik Bukit Merah yang akan diadakan :

Lokasi : Tepi Tasik Bukit Merah 
( Berhadapan Gerai MDK Tepi Kolam Bukit Merah )
Tarikh : 23hb Julai 2011 / Sabtu
Masa : 7.30 Pagi Hingga 2.00 Petang

JKKK Bukit Merah dan Unit Peladang Bukit Merah mempelawa semua 
yang berminat untuk menyertai pertandingan memancing ini.
Hadiah menarik menanti para pemenang

BORANG PENYERTAAN boleh didapati di Pejabat Urusetia
dialamat No. 5 Gerai MDK Tepi Kolam Bukit Merah,
34310 Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan

Atau boleh dimuat turun di :
( Risalah )

( Borang Penyertaan & Syarat Pertandingan )

ATAU



http://www.mediafire.com/?v7lbe6j4udtw90y
( Risalah )

http://www.mediafire.com/?poa32eo1z777e4s
( Borang Penyertaan & Syarat Pertandingan )



YURAN PENYERTAAN :

KATEGORI IKAN TOMAN : RM70 / JORAN
KATEGORI IKAN PELIPISAN : RM40 / JORAN
( Maksima bagi setiap peserta adalah 2 joran sahaja )


Segala Pertanyaan bolehlah menghubungi :
1. En. Mohamad Nor : 013 - 458 5900
2. En. Abd Razak : 016 - 567 0556
3. En. Nadzeri : 019 - 461 3055
4. Pejabat Urusetia : 05 - 721 0534

atau boleh email kepada jkkkbm@yahoo.com







KEINDAHAN BUKIT MERAH


Keindahan sekitar kawasan Bukit Merah di sebalik lensa kamera









Alur Limpah Selatan


Infrastruktur Yang Terdapat Di Bukit Merah


Antara kemudahan yang terdapat di Bukit Merah

    Stesen Keretapi Bukit Merah

Pondok Polis Bukit Merah


    Stesen Keretapi Bukit Merah


Sekolah Kebangsaan Bukit Merah

    Masjid Bukit Merah

Klinik Desa Bukit Merah

    Stesyen Minyak Caltex

Tuesday 7 June 2011

Panorama Di Tasik Bukit Merah

Keindahan alam anugerah Tuhan ke atas seluruh penduduk sekitar
Kampung Bukit Merah....
Antara panorama yang dapat disaksikan apabila berada di sekitar Tasik Bukit Merah yang luas terbentang :




Nelayan di Tasik Bukit Merah

Gerai di Pinggiran Tasik Bukit Merah

Empangan Tasik Bukit Merah 

Keindahan Tasik Bukit Merah yang indah terbentang









Kumpulan Seni Silat Warisan Kampung Perlis Bukit Merah

Pencak Silat Budaya Melayu
Langkah Diatur Bagai Pahlawan
Serunai Dab Gendang Pelbagai Lagu
Pasti Semua Hati Tertawan

Adat Kita Tetamu Diraikan
Tetamu Gembira Majlis Sempurna
Budaya Kita Kami Persembahkan
Agar Ia Kekal Selamanya

Persembahan Serunai / Gendang oleh Kumpulan Seni Silat Warisan Kampung Perlis Bukit Merah


Turut Menyediakan Perkhidmatan Seperti :

- Silat Pengantin
- Silat Penyambut Tetamu
- Persembahan Serunai / Gendang
- Pertunjukan Ular
- Pertunjukan Api

Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah menghubungi :

i- Mohamad Nor : 013 - 458 5900
ii- Abd Rahman : 012 - 432 9055
iii- Pak Ya : 017 - 458 6102
iv- Man Sabu : 017 - 523 1812




Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010


Persembahan dari pelajar Sek. Keb. Bukit Merah

Kumpulan Nasyid pelajar Sek. Keb. Bukit Merah

Ketibaan tetamu kehormat 

Ucapan aluan oleh Ketua Unit Peladang Bukit Merah

Ucapan Oleh Pengarah LPP Negeri Perak

Para tetamu menjamu juadah hari raya yang disediakan

Tetamu kehormat yang turut hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan

Persembahan oleh kumpulan Silat Warisan Kampung Perlis

Persembahan tarian oleh pelajar tadika KEMAS Lembah Beriah

Tulang belakang penduduk Bukit Merah

Monday 6 June 2011

Aktiviti Penduduk Kampung Bukit Merah, Daerah Kerian


Bukit Merah memang terkenal dengan aktiviti perikanan... Terutama sekali apabila musim tengkujuh tiba..
Pelbagai aktiviti perikanan dapat dijalankan termasuklah menjala, pukat, memancing dan pelbagai lagi
kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan....
Ikan yang mudah didapati di tasik dan sungai sekitar Bukit Merah ialah seperti Haruan, Baung, Keli,
Bakut, Toman, Kaloi, Lampam, Pucuk Pisang bahkan ikan Arowana yang diketahui umum ianya ialah spesies
ikan termahal dan terbaik di dunia...

Antara aktiviti penduduk sekitar Bukit Merah, Perak

 Aktiviti menjala di sekitar empangan Tasik Bukit Merah

Mengutip hasil tangkapan yang mengena

Memancing di pinggiran Tasik Bukit Merah sambil menghayati keindahan tasik yang luas terbentang

Karnival Pancing Ria Tasik Bukit Merah


Berita baik bagi semua rakyat daerah Kerian dan yang berhampiran,
Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) Bukit Merah bersama Unit Peladang Bukit Merah akan menganjurkan Karnival Pancing Ria yang dijangkakan akan diadakan pada bulan Julai ini.
Antara pertandingan yang akan diadakan pada Karnival tersebut ialah :

i - PERTANDINGAN MEMANCING ( 2 KATEGORI )
ii - PERTANDINGAN MEMASAK 
iii - PERTANDINGAN MEWARNA IKAN AROWANA ( KANAK - KANAK SAHAJA )
iv - PERTANDINGAN FOTOGRAFI
iv - PERTANDINGAN MELUKIS KEINDAHAN TASIK 

Hadiah menarik menanti anda.


Lokasi bagi karnival ini ialah di sekitar tasik Bukit Merah berhampiran dengan
Gerai Majlis Daerah Kerian


Segala maklumat mengenai pertandingan yang akan diadakan ini akan dimaklumkan kemudian.





Carta Organisasi JKKK Bukit Merah Tahun 2011