Monday 6 June 2011

Aktiviti Penduduk Kampung Bukit Merah, Daerah Kerian


Bukit Merah memang terkenal dengan aktiviti perikanan... Terutama sekali apabila musim tengkujuh tiba..
Pelbagai aktiviti perikanan dapat dijalankan termasuklah menjala, pukat, memancing dan pelbagai lagi
kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan....
Ikan yang mudah didapati di tasik dan sungai sekitar Bukit Merah ialah seperti Haruan, Baung, Keli,
Bakut, Toman, Kaloi, Lampam, Pucuk Pisang bahkan ikan Arowana yang diketahui umum ianya ialah spesies
ikan termahal dan terbaik di dunia...

Antara aktiviti penduduk sekitar Bukit Merah, Perak

 Aktiviti menjala di sekitar empangan Tasik Bukit Merah

Mengutip hasil tangkapan yang mengena

Memancing di pinggiran Tasik Bukit Merah sambil menghayati keindahan tasik yang luas terbentang

No comments:

Post a Comment